Monday, 23 May 2011

Pemain yang Baik

Adakah penulis seorang pemain yang baik? Pemain yang baik ni dari konteks yang tak baiklah ya. Hehehehe. Mungkin penulis ramai melayan perempuan. Namun sidia masih tidak dapat penulis lupakan. Sidia tu tidaklah lama penulis kenal. Baru sahaja. Namun penulis terasa seperti sudah mengenalinya lama-lama dulu. Ah. Biarkanlah. Sekarang penulis ingin bercerita berkaitan pemain. Bukan pasal sidia. Jadi, teruk rupanya penulis ni. Ramai layan perempuan tetapi layan lebih pula sehingga perempuan-perempuan ni semua rasa menyampah pula dengan penulis.

p/s : Hehehe, apa boleh buat. Ayat tak bagus.

Lagi

Lama betul penulis tak " update " blog ni sehingga baru-baru ni. Maksudnya selama itu jugalah masalah yang penulis hadapi tidaklah begitu seksa walaupun begityu berat. Hinggalah kebelakangan ini yang mana masalah yang penulis hadapi amatlah seksa dan perit. Dan masalah itu dari sehari ke sehari makin bertambah perit. Dibebankan pula dengan pelbagai karenah manusia. Serta keletihan melakukan aktiviti harian. Tak lama lagi, akan bertambah terseksalah jiwa penulis, kerana tidak dapat ketemu lagi dalam masa terdekat. Sempat melihat mukanya sekejap pun bolehlah. Rasa terubat dihati. Namun pabila dia bersama seseorang, itu membuatkan penulis berasa kurang senang. Andrenaline macam dipam ke seluruh badan dan darah mengalir begitu deras. Maka segala haba yang berada didalam badan mahupun diluar badan telah dipindahkan secara sekata. Oleh sebab itu panas sahaja rasanya penulis. Namun apa yang penulis mampu untuk buat bagi menyejukkan badan yang hangat ini? Masuk ke dalam dewan yang berhawa dinginlah. Apa lagi yang mampu dibuat. Nasib baik dewan itu sejuk bagaikan rumah salji di Singapura. Hurmm.... Rumah salji tu lagi sejuk. -4

Haiii..... Bilalah penulis boleh ketemu lagi dengan dia selepas ini. Rasa tak keruan hidup kalau tak ketemu tapi lagi tak keruan bila melihat dia bersama sidia. Tabah-tabah!! Mungkinkah dia bahagia bersama sidia? Dari raut wajahnya terlihat pancaran kebahagiaan. Namun tidaklah selalu. Namun penulis masih takut..... Bukan takut barangkali, tetapi rasa sayu dan kecewa untuk menegur dia. Walaupun penulis tahu jauh disudut hatinya, dia mengharapkan penulis menegurnya.

Pergh!!!

Pergh!!!!

Macam-macam dah penulis mengarut kat dalam blog yang suram ni. Hakikatnya itulah kehidupan. Masa yang berlalu meninggalkan kita tidak dapat diambil kembali. Pahit getir hidup mesti diteruskan jua. Itulah kehidupan. Kita mesti melaluinya walau apa yang mendatang. Jadi kesimpulannya. Janganlah terlalu percaya apa yang penulis tulis ya. Itu hanyalah karya yang ditulis atas penat lelah berfikir, untuk nasihat dimasa depan kepada penulis dan pembaca.



Bila Ku Resah

Blog. Sekarang ini aku mula menulis di blog semula. Kerana apa? Aku menulis di dalam blog hanya pabila aku betul-betul tidak mampu untuk menahan perasaanku. Kebelakangan ini hatiku sering menangis. Aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Hatiku terus menangis. Namun aku sorokkan dengan muka yang ceria. Jauh disudut hatiku, hatiku terluka. Aku tidak tahu mengapa. Aku tidak pernah merasa begini. Ini adalah pertam kali perasaan ini hadir selama aku hidup didunia ini. Kebiasaannya perasaan yang tidak menentu ini, akan hilang setelah beberapa ketika. Tetapi kali ini aku berasa pelik kerana perasaan ini tidak mahu pergi setelah aku berusaha untuk membuangnya. Mengapa? " Mengapa ini semua, harus berlaku. Apakah ini semua, kerna diriku. Sedangkan aku, cuma watak, dalam percintaan. Tak sanggup, aku melepaskanmu ".

Aku tahu aku yang bersalah. Aku tahu kau menyukaiku. Aku dapat rasakannya. Namun aku yang gagal unutk mengawal sebahagian diriku itu dan membuatkan kau terlepas dariku. Aku tahu kau Merasa kecewa dengan tindakanku. Namun masa yang berlalu tidak dapat aku kembalikan untuk membetulkan keadaan. Aku minta maaf. Dan kini aku harap kau berbahagia. Biarlah hatiku terluka. Biarlah tiada sesiapa yang mengetahuinya. Aku sudah biasa begini. Terima kasih kepada mereka yang menyokong diriku yang lemah ini.

Sunday, 22 May 2011

Percayalah

Blog ini melambangkan diri Penulis yang sebahagian lagi. Pada mereka yang mengenali penulis, Mereka pasti tidak percaya bahawa blog ini ditulis oleh penulis. Namun, Peduli apa. Blog sendiri, kebebasan sendiri bersuara. Bukannya penulis menggangu sesiapa. Hurmmm..... tapi kalau ada yang terasa, penulis minta maaf. Terimalah maafku dengan hati yang ikhlas.

Baiklah. Penulis bukan nak cerita apa, cuma ingin beritahu semua. Dalam pada penulis kelihatan gembira senantiasa, tiada siapa tahu masalah yang penulis hadapi. Mengapa mahu ceritakan pula? Kan, kan, kan? Namun penulis saja mahu beritahu disini. Hehehe. Inferiority complex. Lebih kuranglah tu. Sebahagian diri penulis kelihatan gembira, tiada apa masalah, bertenaga, ceria, yakin, dan macam-macam lagilah yang positif yang boleh difikirkan akal. Namun sebahagian lagi...... Murung, sedih, stress, dan macam-macam lagilah yang tidak boleh diterima akal. Kadang kala juga, penulis selalu secara tiba-tiba merasa sedih, stress, atau tiba-tiba gembira. Dan secara jujur, penulis tidak tahu dari mana perasaan itu datang. Secara tiba-tiba sahaja hadir. Walaupun ketika melakukan aktiviti yang penulis sukai. " How come ea? "

Namun begitu, segalaa kenegetifan yang hadir itu boleh hilang dengan beberapa cara. Hehehe. Pertama, pabila berjumpa dengan orang yang penulis suka. Tidak kira mereka tahu atau tidak. Kedua, pabila penulis berasa ceria. Ini sudah tentulahkan? Ketiga, Pabila terlihat mereka yang penulis sukai. Eh? sama dengan yang pertama ke? Tidaklah. Pabila penulis terlihat orang yang penulis sukai berasa gembira. Walaupun sakit, namun sebahagian hati terasa berbaloi.

Akhir kata, Semua inferiority complex ni ada kaitan ke dengan penulis boleh menggunakan kedua tangan untuk aktiviti harian? penulis kidal tapi menulis menggunakan tangan kanan. Tapi..... Menulis blog menggunakan kedua-dua tanganlah. Kan? ke ada orang yang menulis blog menggunakan satu tangan? Errr, maksud penulis satu tangan tu adalah dalam konteks lima jari ya!

Sayu dan Pilu

Sayu dan pilu,
Bermain dijiwaku.

Hilangmu kini,
Tiada pengganti.

Hanya namamu,
Tersemat dikalbuku.

Menjadi satu,
Kenangan abadi.

Di pagi yang hening ini aku berada didalam perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Hatiku berasa seperti..... Memang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Pelbagai perasaan muncul walaupun telah jauh aku cuba membuang mereka. Aku tida suka perasaan begini. Aku cuba kelihatan gembira demi melupakan segala perasaan yang tidak dipanggil ini. Aku benci. Sudah beberapa hari aku berasa...... Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Blog ini adalah salah satu caraku untuk meluahkan sesuatu. Oleh itu namanya luahan. Walaupun tidak semua mampu aku luahkan. Perlukah aku korbankan segalanya? Mengapa aku berasa begitu berat hati? Namun begitu jauh disudut hatiku aku bersyukur. Bersyukur dengan segala yang aku dapat sekarang. Perlulah kita berfikir secara mendalam dalam membuat suatu keputusan. Seperti kata seseorang, " Keputusan perlu dibuat dan semuanya berada ditangan kita. Segala keputusan itu tiada salahnya kerana kita tidak tahu masa hadapan bagaimana. Walau sedih, sayu atau, kecewa sekalipun, keputusan perlu dibuat. Cubalah membuat keputusan yang terbaik ". Ayat ini telah aku ubah sedikit ( sebab aku ingat-ingat lupa). Jadi, perlukah aku berkorban demi kebahagiaan sidia? atau adakah sidia tidak bahagia sekarang? Keputusan perlu dibuat, namun aku tidak mampu untuk berfikir secara rasional. Kerana apa? Kerana aku takut akan kesannya dikemudian hari. Aku tidak kisah apa yang terjadi pada diriku. Namun aku kisah apa yang terjadi pada dirinya. Bagaimana untuk membuatkan dia bahagia? Haa..... Itu yang kita nak tau....

Saturday, 4 December 2010

Malam-malam

Malam-malam ni hujan sejuklah pula. Tiba-tiba terasa sayu pula. Entah mengapa peasaan itu tiba-tiba muncul. Mungkin kerana memikirkan masa hadapan aku yang masih kelam. Aku masih lagi mencari sinar harapan. Bagaimana kehidupan aku dimasa yang akan datang. Bagaimana kehidupanku di tahun hadapan. Yang mana tidak sampai sebulan lagi. Setiap kali emikirkan masa hadapanku, aku pasti akan berasa sedih. Mengapa diriku sentiasa dihurungi dengan perasaan itu.....