Blog ini melambangkan diri Penulis yang sebahagian lagi. Pada mereka yang mengenali penulis, Mereka pasti tidak percaya bahawa blog ini ditulis oleh penulis. Namun, Peduli apa. Blog sendiri, kebebasan sendiri bersuara. Bukannya penulis menggangu sesiapa. Hurmmm..... tapi kalau ada yang terasa, penulis minta maaf. Terimalah maafku dengan hati yang ikhlas.
Baiklah. Penulis bukan nak cerita apa, cuma ingin beritahu semua. Dalam pada penulis kelihatan gembira senantiasa, tiada siapa tahu masalah yang penulis hadapi. Mengapa mahu ceritakan pula? Kan, kan, kan? Namun penulis saja mahu beritahu disini. Hehehe. Inferiority complex. Lebih kuranglah tu. Sebahagian diri penulis kelihatan gembira, tiada apa masalah, bertenaga, ceria, yakin, dan macam-macam lagilah yang positif yang boleh difikirkan akal. Namun sebahagian lagi...... Murung, sedih, stress, dan macam-macam lagilah yang tidak boleh diterima akal. Kadang kala juga, penulis selalu secara tiba-tiba merasa sedih, stress, atau tiba-tiba gembira. Dan secara jujur, penulis tidak tahu dari mana perasaan itu datang. Secara tiba-tiba sahaja hadir. Walaupun ketika melakukan aktiviti yang penulis sukai. " How come ea? "
Namun begitu, segalaa kenegetifan yang hadir itu boleh hilang dengan beberapa cara. Hehehe. Pertama, pabila berjumpa dengan orang yang penulis suka. Tidak kira mereka tahu atau tidak. Kedua, pabila penulis berasa ceria. Ini sudah tentulahkan? Ketiga, Pabila terlihat mereka yang penulis sukai. Eh? sama dengan yang pertama ke? Tidaklah. Pabila penulis terlihat orang yang penulis sukai berasa gembira. Walaupun sakit, namun sebahagian hati terasa berbaloi.
Akhir kata, Semua inferiority complex ni ada kaitan ke dengan penulis boleh menggunakan kedua tangan untuk aktiviti harian? penulis kidal tapi menulis menggunakan tangan kanan. Tapi..... Menulis blog menggunakan kedua-dua tanganlah. Kan? ke ada orang yang menulis blog menggunakan satu tangan? Errr, maksud penulis satu tangan tu adalah dalam konteks lima jari ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment