Monday, 23 May 2011

Lagi

Lama betul penulis tak " update " blog ni sehingga baru-baru ni. Maksudnya selama itu jugalah masalah yang penulis hadapi tidaklah begitu seksa walaupun begityu berat. Hinggalah kebelakangan ini yang mana masalah yang penulis hadapi amatlah seksa dan perit. Dan masalah itu dari sehari ke sehari makin bertambah perit. Dibebankan pula dengan pelbagai karenah manusia. Serta keletihan melakukan aktiviti harian. Tak lama lagi, akan bertambah terseksalah jiwa penulis, kerana tidak dapat ketemu lagi dalam masa terdekat. Sempat melihat mukanya sekejap pun bolehlah. Rasa terubat dihati. Namun pabila dia bersama seseorang, itu membuatkan penulis berasa kurang senang. Andrenaline macam dipam ke seluruh badan dan darah mengalir begitu deras. Maka segala haba yang berada didalam badan mahupun diluar badan telah dipindahkan secara sekata. Oleh sebab itu panas sahaja rasanya penulis. Namun apa yang penulis mampu untuk buat bagi menyejukkan badan yang hangat ini? Masuk ke dalam dewan yang berhawa dinginlah. Apa lagi yang mampu dibuat. Nasib baik dewan itu sejuk bagaikan rumah salji di Singapura. Hurmm.... Rumah salji tu lagi sejuk. -4

Haiii..... Bilalah penulis boleh ketemu lagi dengan dia selepas ini. Rasa tak keruan hidup kalau tak ketemu tapi lagi tak keruan bila melihat dia bersama sidia. Tabah-tabah!! Mungkinkah dia bahagia bersama sidia? Dari raut wajahnya terlihat pancaran kebahagiaan. Namun tidaklah selalu. Namun penulis masih takut..... Bukan takut barangkali, tetapi rasa sayu dan kecewa untuk menegur dia. Walaupun penulis tahu jauh disudut hatinya, dia mengharapkan penulis menegurnya.

No comments:

Post a Comment