Monday, 23 May 2011

Bila Ku Resah

Blog. Sekarang ini aku mula menulis di blog semula. Kerana apa? Aku menulis di dalam blog hanya pabila aku betul-betul tidak mampu untuk menahan perasaanku. Kebelakangan ini hatiku sering menangis. Aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Hatiku terus menangis. Namun aku sorokkan dengan muka yang ceria. Jauh disudut hatiku, hatiku terluka. Aku tidak tahu mengapa. Aku tidak pernah merasa begini. Ini adalah pertam kali perasaan ini hadir selama aku hidup didunia ini. Kebiasaannya perasaan yang tidak menentu ini, akan hilang setelah beberapa ketika. Tetapi kali ini aku berasa pelik kerana perasaan ini tidak mahu pergi setelah aku berusaha untuk membuangnya. Mengapa? " Mengapa ini semua, harus berlaku. Apakah ini semua, kerna diriku. Sedangkan aku, cuma watak, dalam percintaan. Tak sanggup, aku melepaskanmu ".

Aku tahu aku yang bersalah. Aku tahu kau menyukaiku. Aku dapat rasakannya. Namun aku yang gagal unutk mengawal sebahagian diriku itu dan membuatkan kau terlepas dariku. Aku tahu kau Merasa kecewa dengan tindakanku. Namun masa yang berlalu tidak dapat aku kembalikan untuk membetulkan keadaan. Aku minta maaf. Dan kini aku harap kau berbahagia. Biarlah hatiku terluka. Biarlah tiada sesiapa yang mengetahuinya. Aku sudah biasa begini. Terima kasih kepada mereka yang menyokong diriku yang lemah ini.

No comments:

Post a Comment