Sunday, 15 January 2012

T.T

Hari ini hatiku begitu tidak keruan. Berkecamuk. Pelbagai masalah datang tanpa aturan. Apa tidak tahukah mereka tentang adab? cubalah beratur sikit. Haiz....

Hatiku kini di hinggapi dengan satu rasa kurang senang. Mengapa kau datang kepada ku pada waktu begini kasih. Telah lama kau tidak datang bersinggah dihatiku. Namun kedatangan kau kali ini membawa sekali rasa kecamuk bersamamu. Aku sungguh tidak senang dengan kehadirannya. Aku benci.

Bagaimana ingin aku lepaskan disana? Disini menantiku dengan penuh rasa. Hanya menatiku memberikan kata putus yang mana aku tidak mampu untuk meluahkannya. Aku menyesal dengan keputusan yang telah aku ambil. Bagaimana ingin aku kembalikan segala yang telah berlalu? Bagaimana? Disana, aku mohon maaf dengan segala yang berlaku. Aku tidak mampu untuk menampungmu lagi. Namun aku tidak pula mampu untuk membuangmu ketepi. Mengapa rasa ini sungguh kuat didalam hatiku? Apakah setimpal dengan apa yang telah aku lakukan? Aku berasa sungguh kesal. Namun kesalku itu tidak membawa sebarang erti.

Jikalau seluruh dunia mengetahui akan perkara ini, nescaya akan terhempaplah aku di celahan gunung ganang yang sungguh padat. Bagaimana ingin aku membuat keputusan yang terlalu berisiko ini? Mampukah aku mengenepikan disana dan menerima disini? Namun, mampukah disana menerima keputusan ku? Mampukah disini menerima ku seadanya?

Segala permasalahan ini berpunca dari diriku sendiri. Bagaimana aku ingin menghadapi segala masalah yang bakal mendatang? Mampukah aku bahagia dengan disini dan adakah pasti disana tiada perasaan dendam? Aku tidak mampu untuk membuat keputusan. Aku terlalu bimbang akan perkara yang bakal mendatang. Ya Allah, bantulah aku. Walaupun aku hanya insan yang lemah dan hina, bantulah aku untuk mendapat ketenangan dan bantulah aku untuk menghadapi segala masalah yang mendatang. Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk menanggungnya wahai tuhanku. Aku mohon pertunjuk dari mu Ya Allah. Aku tahu aku jahat, aku tidak layak mendapat perhatian mu Ya Allah. Namun bantulah hambamu ini Ya Allah.

Aku tahu kamu yang membaca ini menganggap aku sebagai hipokrit. Namun, mampukah kata-katamu itu membantuku?

No comments:

Post a Comment