Aku benci dengan perasaan ku yang hadir pada waktu ini. Mengapa aku berasa sayu dan ingin menangis? Aku sedih dengan apa yang sedang aku hadapi sekarang. Mampukah untuk ku menghadapi hari ini? Mampukah untuk ku bersua muka dengan sidia? aku sungguh benci dengan apa yang berlaku dengan diriku ini. Masalah ku masih belum selesai timbul pula masalah baru.
Hampir semua semacam telah mengetahui apa yang telah berlaku antara ku dan sidia. Mampukah aku menanggung apa yang telah berlaku ini? Mampukah untuk sidia bersua dan berbicara dengan ku seperti sedia kala? Aku mohon maaf kerana hanya satu perkataan sahaja membuatkan hubungan kita menjadi begini. Aku benci. Aku tidak suka. Saban malam aku bersedih dan bermuhasabah diri. Aku tahu maafku tidak mampu untuk memperbaiki. Sekadar untuk menyedapkan hati ini juga tidak. Maafku tidak mampu untuk membawa apa-apa kepadamu. Hanya kesedihan yang mengiringnya.
Aku mahu sidia bahagia. Namun aku tahu aku tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadanya. Dia memerlukan seseorang yang lebih layak dariku. Lebih suci dariku. Hatiku pedih tiap kali teringatkan sidia. Mengapa aku tidak bebas untuk menyatakan hasrat ku dan mengapa pabila telah ku luahkan pula begini jadinya. Adalah lebih baik jika aku pendamkan sahaja perasaanku itu dulu. Jika tidak, tidaklah begini jadinya. Aku lebih rela menangungnya seorang diri seperti selalu.
No comments:
Post a Comment