Saturday, 4 December 2010

Malam-malam

Malam-malam ni hujan sejuklah pula. Tiba-tiba terasa sayu pula. Entah mengapa peasaan itu tiba-tiba muncul. Mungkin kerana memikirkan masa hadapan aku yang masih kelam. Aku masih lagi mencari sinar harapan. Bagaimana kehidupan aku dimasa yang akan datang. Bagaimana kehidupanku di tahun hadapan. Yang mana tidak sampai sebulan lagi. Setiap kali emikirkan masa hadapanku, aku pasti akan berasa sedih. Mengapa diriku sentiasa dihurungi dengan perasaan itu.....

Tuesday, 30 November 2010

TULISAN dan KATA-KATA

Aku menulis baku bukan apa. Dulu aku penahlah dengar orang cakap pada aku tapi bukanlah tuju pada aku, "kalau nak tulis tu, tulislah elok-elok. rosak bahasa. Nanti tak lama lagi habis bahasa melayu. Sekarang ni pun bahasa melayu dah nak habis. Banyak campur bahasa lain dan paling jelas bahasa inggeris". Apa yang dia cakap pun ada betul nya. Tak salah berbahasa inggeris, tapi janganlah rojakkan. Masa dia cakap kat aku dulu tu ada dalam 1-2 tahun lepaslah. Perghh. Lama gila. Tapi apa yang dia katakan itu ada betulnya. Kebanyakan bahasa inggeris kini telah dimelayukan dan kebanyakan tatabahasa melayu kini banyak diolah. Dulu cikgu ajar kita disekolah itu tak boleh. sekarang telah dibolehkan. Dulu masa sekolah cikgu ajar aku ramai untuk manusia saja. Banyak untuk benda tak hidup. Sekarang ramai pun boleh guna untuk benda tak hidup. Ini cuma salah satu saja.

Lagi satu, kadang-kadang, bila bercakap kita tidak pun faham apa yang kita katakan ( jangan pandai cakap saja, buat sekali ya 'aku'). Oleh yang demikian, bak kata orang dulu, fikir sebelum berkata. Kadang-kadang benda yang kita rasa tiada apa-apa, ada orang anggap sebagai kurang ajar. Manusia. Mana ada yang sama semua. Contoh macam 'siot'. Ada yang rasa tiada apa-apa. Tapi ada yang rasa perkataan itu cukup kurang ajar. Jadi mulai sekarang kita perlulah menjaga tutur kata ya pembaca dan 'aku' sendiri.

//dulu masa di sekolah kawan-kawan suruh jadi cikgu bahasa.

BO SAN

Cuti-Cuti macam sekarang inilah yang amat diharap-harapkan. Tapi, bila sudah mula cuti, bosan yang teramat sangat melanda. Jadi, apa yang patut aku buat?! Nak keluar berjalan-jalan pun rasa malas. Tidur pun rasa malas nak kata apa lagikan. Hurmmm..... Jadi, untuk menghilangkan bosan dikala cuti begini, aku pun mencari blog-blog untuk dibaca. Hehehe. Semua blog kawan-kawan aku yang aku folo sume aku baca. Macam-macam yang aku baca. Jadi disini aku hendaklah menyimpulkan apa yang aku rasa.
  • Blog orang yang berumur lagi mudah dibaca kerana tulisan dia pasti kita faham (kalau dia tak kias-kias lah) sebab tulisan orang muda susah gila faham.
  • Contoh, un, ite. Sikit sudahlah. Haaa, korang faham tak apa dia tu?! un = kan, ite = kite. Korang tak fahamkan. Kalau tak faham sedarlah diri itu sudah berumur (samalah aku).
  • Blog orang veteran ( > 20-an) mana ada tulisan macam tu. Semua senang nak faham (kalau tulis BM dan BI lah).
  • Blog orang muda ( <>
  • blog orang veteran banyak jugalah sampai bawah, tapi bukanlah gambar. Yang sampai bawah tu adalah tajuk-tajuk entri yang dia penah tulis. Kalau tak pun, benda lainlah selain gambar. Hehehehe.
Yang aku cakap ni secara majoriti ya. Majoriti yang aku tengok. Korang nak mara sebab aku salah pun tak mengapa. Korang dengan pendapat korang aku dengan pendapat aku. Hahaha.

Sunday, 14 November 2010

Sedih Dalam Gembira

  • Kebelakangan ini aku banyak menghadapi keadaan yang gembira dalam kesedihan. Baru selesai pembentangan, tapi sayu. Orang lain ramai gembira, tapi kenapa aku bersedih?! Baru beli konsol permainan baru, tapi rosak pula. Baru selesai latihan industri, tapi penginapan kolej pula bermasalah. Haih. =.=! Ada kekasih hati tapi tidak memahami. Bila kita marah sikit, mulalah. Itulah, inilah. Awak tak sayang lagilah, mahkamahlah. Haih.
  • Tapi orang tidak sedar akan masalah yang aku hadapi ini kerana aku tidak reti untuk menunjukkan permasalahan aku. Lagipun, Mengapa aku perlu untuk mempertontonkan perasaan aku pula? Jadi apa yang aku cuba sampaikan kali ini adalah jangan menilai orang melalui paras rupa. Walaupun aku kelihatan ceria, girang, tenang, tetapi pada hakikatnya adalah jauh sekali sebaliknya. Aku selalu dihurung dengan kesayuan dan permasalahan. Namun aku bersyukur kerana pada masa-masa tertentu, terdapat beberapa orang penting membantuku. Pabila aku rasa putus asa, ada yang membantuku. Aku sungguh berterima kasih akan hal itu. Cuma aku tidak mampu untuk menunjukkan perasaanku itu kerana aku bukan seorang yang pandai untuk itu.

Sedih Dan Marah

* Kadang-kadang aku sedih dengan kebanyakan orang. Sedih dengan diri aku tak payahlah cakap. Pastilah ada. Tapi kali ni aku nak ceritalah pasal sesuatu yang buat aku kecewa giler dengan diorang yang terlibat. Seperti yang korang tak tau, aku dalam masa ni tengahlah praktikal. Adalah satu masa tu, masa diorang terlibat ni nak balik. Diorang ni suruhlah aku anta pergi la stesen bas. Janji bukanlah main-main, nak bayar duit minyaklah, apelah (sebab sebelum tu diorang ni adelah pinjam kereta aku sat). Sampai je stesen, bagilah aku MYR7. Sedih dia cakap, "ni je la aku ade". Tapi aku terimalah sebab aku ni tak suka menolak (hehe). Lagipon aku faham sebab masa tu gaji diorang masuk lambatlah sikit. Tak pe. Aku tak kisah. Aku cubalah memahami.
* Tapi diorang ni kena datang balik satu masa tu. Ikutlah aku naik skali dengan akulah senang cerita. Hui nak datang rumah diorang ni nak amik, cabaran betul. Takpe. Tak kisah. Asal duit minyak boleh sorang sikit. Sampai je, aku ambiklah bagai diorang ni, tup tup "aku bayar tol ko bayar minyak". Eh.... Tol murah kot banding minyak cakap aku dalam hati. Takpe aku tau diorang boleh 'claim'. Oho... Nak dulukan duit aku kot..... Tapi aku rasa gaji dah masuk.... aku cakap dengan hati aku lagi. "ko bawaklah, aku nak tido. Letih beb aku x tido lagi". Abis ko igt aku tido la plak td?! siot toi.... Otak dengan hati aku berbalas-balas pantun. Lantaklah asal aku dapat sikit duit minyak bolehlah.... hati aku balas pulak. Jauh dah ni aku bawak. Dah dekat 200km dah ni. Orang tak tukar lagi ni. Tadi cakap masa jalan tadi nak tukar orang. Aku ngantuk jugak beb.
* Sampai RnR barulah tukar orang. Aku cakap la jangan bawak laju-laju. Iklan banyak dah bagitau bawak laju-laju minyak cepat habis. Lepas tu aku tertido pulak dalam kereta. kejap-kejap terjaga aku tengok meter. Haram toi, da pesan da tp x paham gak. Nak kate x pandai, jawatan tinggi2, blaja jauh2..... Terlintas kat fikiran aku.
* Dah sampai destinasi nih. Tapi minyak tu macammana. Aku tengok diorang ni senyap je. Aku tau diorang nak bayar tol sebab boleh 'claim' nanti. Buktilah. Tapi minyak macammana?! Aku da simpan dah resit ni. Bila nak mintak?! Akhir skali aku ambik inisiatif nak bagilah resit tu kat dia. Eh, minyak tak boleh claim resit. Kami pakai 'mileage'. Sial aku cakap. Jadi sejak dari awal lagi korang memang dah rancanglah nak gunakan aku?! Sial betul. Aku dendam ni.
* Lepas tu pinjam kereta aku pergi makan. Lama pulak tu. Dah la tu, pinjam pegi balik rumah kejap ada barang tertinggal. Haih. Lamanya. Dalam 1 ke 2 jam baru balik ke pejabat balik. Tak apa, sebab dia cakap nak bayar jugak. Tapi aku kurangkanlah harapan. Sebab aku dah tahu, kalau tak dapat sikit, tak dapat teruslah maksudnya. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah sampai. Setelah menghantar mereka ke hentian bas, dia pun hulurlah sikit. Cis, pakai kereta aku lama-lama, janji macam-macam, tak isi minyak langsung. Aku kurang kisah (kisah jugak sebenarnya) kalau dia tak janji apa-apa, ni tidak. Macam-macam janji ada. Haih. Marah betul aku.

Thursday, 11 November 2010

Marah

  • Kadang-kadang aku sedih dengan kebanyakan orang. Sedih dengan diri aku tak payahlah cakap. Pastilah ada. Tapi kali ni aku nak ceritalah pasal sesuatu yang buat aku kecewa giler dengan diorang yang terlibat. Seperti yang korang tak tau, aku dalam masa ni tengahlah praktikal. Adalah satu masa tu, masa diorang terlibat ni nak balik. Diorang ni suruhlah aku anta pergi la stesen bas. Janji bukanlah main-main, nak bayar duit minyaklah, apelah (sebab sebelum tu diorang ni adelah pinjam kereta aku sat). Sampai je stesen, bagilah aku MYR7. Sedih dia cakap, "ni je la aku ade". Tapi aku terimalah sebab aku ni tak suka menolak (hehe). Lagipon aku faham sebab masa tu gaji diorang masuk lambatlah sikit. Tak pe. Aku tak kisah. Aku cubalah memahami.
  • Tapi diorang ni kena datang balik satu masa tu. Ikutlah aku naik skali dengan akulah senang cerita. Hui nak datang rumah diorang ni nak amik, cabaran betul. Takpe. Tak kisah. Asal duit minyak boleh sorang sikit. Sampai je, aku ambiklah bagai diorang ni, tup tup "aku bayar tol ko bayar minyak". Eh.... Tol murah kot banding minyak cakap aku dalam hati. Takpe aku tau diorang boleh 'claim'. Oho... Nak dulukan duit aku kot..... Tapi aku rasa gaji dah masuk.... aku cakap dengan hati aku lagi. "ko bawaklah, aku nak tido. Letih beb aku x tido lagi". Abis ko igt aku tido la plak td?! siot toi.... Otak dengan hati aku berbalas-balas pantun. Lantaklah asal aku dapat sikit duit minyak bolehlah.... hati aku balas pulak. Jauh dah ni aku bawak. Dah dekat 200km dah ni. Orang tak tukar lagi ni. Tadi cakap masa jalan tadi nak tukar orang. Aku ngantuk jugak beb.
  • Sampai RnR barulah tukar orang. Aku cakap la jangan bawak laju-laju. Iklan banyak dah bagitau bawak laju-laju minyak cepat habis. Lepas tu aku tertido pulak dalam kereta. kejap-kejap terjaga aku tengok meter. Haram toi, da pesan da tp x paham gak. Nak kate x pandai, jawatan tinggi2, blaja jauh2..... Terlintas kat fikiran aku.
  • Dah sampai destinasi nih. Tapi minyak tu macammana. Aku tengok diorang ni senyap je. Aku tau diorang nak bayar tol sebab boleh 'claim' nanti. Buktilah. Tapi minyak macammana?! Aku da simpan dah resit ni. Bila nak mintak?! Akhir skali aku ambik inisiatif nak bagilah resit tu kat dia. Eh, minyak tak boleh claim resit. Kami pakai 'mileage'. Sial aku cakap. Jadi sejak dari awal lagi korang memang dah rancanglah nak gunakan aku?! Sial betul. Aku dendam ni.

No Tittle

Hehehehe.....

Walaupun sudah setahun baru aku mahu meng'update' blog aku, tapi nukilan-nukilan yang bakal aku tulis pasti tidak berubah. Macam biasalah bila aku tulis. Kalau tak sedih-sedih mestilah tak sah. Hehehe. Aku suka tulis sedih-sedih ni bukan apa sebenarnya, sebab aku tak dapat luahkan perasaan aku yang sebenarnya. Aku tak tahu macammana nak luahkan secara bersemuka. Jadi aku ambillah tindakan drastik yang bagi aku sakit. Simpan je dalam hati. Kalau tak tahan sangat, letup je kat muka orang tu. Letup mulut la, taklah sampai gaduh-gaduh. Aku ni kadang-kadang pikir jauh sangatlah. sampai aku pon pening. Tapi ada masa aku malas nak pikir, so aku ambil tindakan mudah jelah. Hehe. Jadi aku pun kekadang tak paham dengan diri aku sendiri. Tapi ramai orang kata, kalau nak tuhan faham kita, kita kenalah faham diri kita dulu. Jadi, macammana tu agaknya aku nak buat.......

hurmmm....