Sunday, 14 November 2010

Sedih Dalam Gembira

  • Kebelakangan ini aku banyak menghadapi keadaan yang gembira dalam kesedihan. Baru selesai pembentangan, tapi sayu. Orang lain ramai gembira, tapi kenapa aku bersedih?! Baru beli konsol permainan baru, tapi rosak pula. Baru selesai latihan industri, tapi penginapan kolej pula bermasalah. Haih. =.=! Ada kekasih hati tapi tidak memahami. Bila kita marah sikit, mulalah. Itulah, inilah. Awak tak sayang lagilah, mahkamahlah. Haih.
  • Tapi orang tidak sedar akan masalah yang aku hadapi ini kerana aku tidak reti untuk menunjukkan permasalahan aku. Lagipun, Mengapa aku perlu untuk mempertontonkan perasaan aku pula? Jadi apa yang aku cuba sampaikan kali ini adalah jangan menilai orang melalui paras rupa. Walaupun aku kelihatan ceria, girang, tenang, tetapi pada hakikatnya adalah jauh sekali sebaliknya. Aku selalu dihurung dengan kesayuan dan permasalahan. Namun aku bersyukur kerana pada masa-masa tertentu, terdapat beberapa orang penting membantuku. Pabila aku rasa putus asa, ada yang membantuku. Aku sungguh berterima kasih akan hal itu. Cuma aku tidak mampu untuk menunjukkan perasaanku itu kerana aku bukan seorang yang pandai untuk itu.

No comments:

Post a Comment